Posts

Family Carikan Jodoh: Nak Terima Atau Tolak?

Image
Apabila sudah sampai usia sewajarnya berkahwin, namun anda masih solo, maka ada ahli keluarga yang mulai masuk campur urusan jodoh anda. Mereka cuba membantu dengan harapan anda dapat mendirikan rumahtangga. Justeru mereka mencarikan calon untuk anda. Persoalannya, adakah anda mahu menerima atau menolak calon itu? Pun begitu, bagaimana jika anda sebenarnya sudah mempunyai calon sendiri? Hanya menunggu si dia yang agak ‘liat’ untuk memulakan sesi merisik. Lakukan tip di bawah: 1)JANGAN BERAHSIA Anda sepatutnya memberitahu keluarga mengenai orang yang sedang berkawan dengan anda. Jangan berahsia. Barulah ibu bapa anda tahu bahawa anda sudah ada bakaon teman hidup. Tidaklah mereka susah payah mencarikan calon untuk anda. Jadi tidak akan timbul soal keluarga cuba mencarikan jodoh untuk anda. 2)PERKENALKAN KEPADA KELUARGA Apabila berkawan dengan seseorang, bawalah si dia bertemu dengan keluarga anda. Dari sini ibu bapa boleh mengenal pasti sama ada si dia orang yang sesuai untuk anda atau